Sabtu, 12 Mei 2012

KURUS SANGAT!!

ANDA TERLALU KURUS? TIPS CARA MENAMBAH BERAT BADAN:

Makan Dengan Kerap


Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.

Kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan


Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang kalori klik disini.

Pemakanan Seperti Kekacang Setiap Hari


Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.

Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.

Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.

Rabu, 9 Mei 2012

RESIPI KEK LOBAK MERAH





BAHAN-BAHAN
 
250gm butter
150gm gula ising
3 biji telur
1 cmk esen vanila
200gm lobak merah di parut
230gm tepung gandum
1 cmk serbuk penaik

CARA-CARA
  1. Campurkan dalam mangkuk pengadun butter dan gula ising. Pukul hingga ia kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan mnggunakan kelajuan sederhana, dan masukkan pula esen vanila. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik, dan adun sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan pula lobak merah yang di parut adun sekejap.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 35 minit. 

Selamat mencuba... ^_^