Jumaat, 4 Julai 2014

Resipi Salad Buah Naga Merah

Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam. Pada bulan yang mulia ini saya nak kongsikan satu resipi mudah untuk dinikmati semasa berbuka puasa atau pun sahur. Resipi kali ini ialah salad buah naga. Ingatkan nak buat jus buah naga tapi macam x best je. Baik buat salad je. Buah naga ni sebenarnya banyak khasiat yang terkandung didalamnya. Kalau nak tahu khasiat buah naga boleh klik DISINI hehe. Setahu saya buah naga ni ada dua warna iaitu putih dan merah. Khasiat dia pon lebih kurang sama je. Untuk resipi ni saya guna buah naga warna merah sebab cantik dan menyelerakan hehe.

http://raziqchef.blogspot.com/

Resipi Salad Buah Naga Merah

1 Biji Buah Naga Merah
2 Biji Epal Merah
Sedikit Perahan Jus Lemon/Limau Nipis
Air Gula

Cara-Cara
  1. Potong buah naga merah dan epal merah berbentuk kiub.
  2. Masukkan buah yang dipotong tadi, jus lemon/limau nipis dan sedikit air gula.
  3. Kacau semua bahan hingga mesra dan hidangkan.

Khasiat Buah Naga

Buah naga atau (dragon fruit) mempunyai banyak khasiat yang kita sendiri tidak tahu. Buah yang manis ni sebenarnya berasal dari Negara Mexico dan Amerika tengah. Tetapi sekarang ni ia sudah pun di komersialkan di negara-negara asia seperti Taiwan, Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Buah naga mempunyai dua warna iaitu putih dan merah. Buah naga merah mempunyai lebih sedikit khasiat berbanding buah naga putih. Antara khasiat yang terkandung di dalam buah naga ialah:

http://raziqchef.blogspot.com/

  1. Buah naga ini mempunyai kandungan vitamin B3, protin, kalsium, karbohidrat, dan vitamin C.
  2. Kandungan serat yang tinggi dan juga anti oksidan yang cukup banyak dapat mencegah diri daripada penyakit kanser.
  3. Buah naga juga dapat membantu anda untuk mengatasi masalah sistem pencernaan atau sembelit.
  4. Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam badan dan juga dapat mengimbang kadar gula dalam darah.
Setakat ni je la info pasal buah naga yang dapat saya kongsikan sedikit sebanyak dapat la kita tahu khasiat yang terkandung didalam buah naga ini daripada kita tak tahu langsung kan.hehe  Resipi Salad Buah Naga Merah ^_^