Khamis, 11 Julai 2013

Resipi mi siam berkuah

 

Bahan untuk mee hoon goreng

400 gm mee hoon direndam

Sedikit sawi

Fish cake

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

7 cmb cili boh

2 cmb udang kering

sedikit gula dan garam


Cara-cara

1.  Kisar semua bahan tadi dan bahagikan kepada dua bahagian.

2.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan sebahagian bahan kisar tadi sehingga naik minyak.

3.  Bila sudah naik minyak masukkan pula sawi dan fish cake serta sedikit garam dan gula.

4.  Masukkan pula sedikit air dan mee hoon yang direndam tadi.

5.  Kacau sehingga semua sebati.


Bahan untuk membuat kuah

 Asam jawa adabi

1 liter air

1/2 botol taucu

3 cmb kacang tanah (saya tak letak)

bahan kisar tadi

6 ekor udang segar

gula dan garam


Cara-cara

1.  Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

2.  Masukkan asam jawa, air, udang, taucu dan perasa.

3.  Biarkan mendidih dan siap.. 

4.  Hiaskan dengan taugeh, telur dadar dipotong halus. Selamat mencuba ^_^

2 ulasan: