Sabtu, 31 Ogos 2013

Madu penyembuh lelah

Assalamualaikum..

Nak share sikit info tentang lelah hehe.. Lelah adalah suatu penyakit yang ditakuti atau dibimbangi oleh kebanyakkan manusia. Penyakit lelah selalunya datang dengan sekelip mata ekoran angin kencang dan udara sejuk yang akan menggangu saluran penafasan untuk sukar bernafas. Punca lelah adalah disebabkan kurangnya berjalan kaki atau senaman. Salah satu penyembuh lelah adalah madu lebah. Madu lebah asli dikatakan boleh mematikan kuman-kuman yang bahaya di saluran penafasan dan boleh mengubat penyakit di saluran ini dan juga paru-paru. Disini terdapat beberapa cara untuk menubat lelah:
1.  Ambil sesudu teh madu dicampurkan dengan sesudu teh serbuk jintan hitam dan diminum waktu pagi.
2.  Madu dicampurkan dengan kuning telur mentah dan sedikit minyak sapi. Minum pada waktu pagi semasa perut kosong.
3.  Madu dicampurkan dengan sedikit ibu gamat kering dan sebiji telur ayam. Minum pada waktu pagi dan petang.
4.  Madu dicampurkan dengan susu, minum tiga kali sehari.
5.  Jika anda menaglami lelah dan batuk pula, ambil sesudu besar madu dicampur dengan segelas air limau dan sedikit garam..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan