PARIS, 15 OKT 2014: Pada awal tahun 2014 ini,
pastinya ramai jejaka yang iri hati dengan gaya topi ranger yang berjaya
menjadikan Pharrell Williams sebagai trendsetter, dia baru-baru ini
sekali lagi dilihat galak mencuba sesuatu yang jarang dikenakan oleh
golongan lelaki iaitu celak mata!
Komposer terkenal berusia 41 tahun itu dilihat bersama-sama isterinya
Helen Lasichanh di Paris pada Selasa lalu dengan mata yang mempunyai
garisan hitam dibawahnya. Ia sudah tentunya menarik perhatian orang yang
terpandang wajah selebriti terkenal itu.
Selain aksesori baru iaitu celak mata yang hanya dipakai oleh kaum
wanita bagi masyarakat barat, Pharell melengkapkan padanan gaya buat
dirinya bermula dengan topi rona biru elektrik lengkap dengan riben dan
pin bercorak.
Jaket sukan daripada rona sedondon topi uniknya itu, Pharrell selesa
dengan kemeja –T grafik di samping sarungan kimono besar diatasnya
beserta sepasang jeans lusuh. Lengkap sebagai seorang personaliti
terkenal dan disegani, Pharell menyarungkan sepasang but merah dengan
tulisan diatasnya.
Selain bercakap mengenai gayanya tersebut, apakah yang meyakinkan
Pharell untuk mengenakan celak mata belum diketahui puncanya. Umum tahu
ia seringkali hanya dipakai oleh kaum wanita yang kebanyakkannya wanita
Arab. Ini termasuk juga golongan lelaki yang seringkali mengenakan gaya
sebegini juga daripada mereka yang alim dan warak. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan