Rabu, 31 Oktober 2012

AARON AZIZ MASUK HOSPITAL!!!

Assalamualaikum... ada tak sesiapa yang tengok master chef2 tadi hehe. Tapi yang nie bukan nak cita pasal master chef2. Selepas chef habis tengok master chef2 sambung plak cita terbaru keluaran astro ria "meletop". Asyik dok menonton tetiba terdengar berita yang Aaron Aziz Masuk Hospital Kerana Demam Pneumonia. Aaron Aziz pelakon lelaki popular telah dimasukkan ke hospital di Cape Town pagi kelmarin berikutan demam teruk yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.

Berita tentang Aaron Aziz masuk wad itu disahkan oleh isterinya, Diyana melalui laman tiwtter, hari ini. Menurut isterinya, Aaron mengalami demam yang agak teruk akibat Pneumonia.
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit berbanding sebelumnya. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.
Sebelum ini, Aaron dikatakan mengalami batuk namun beliau enggan menerima rawatan. Tapi pepon kita berdoa je la semoga Aaron Aziz cepat sembuh. 
amin... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan