Khamis, 17 Oktober 2013

Jenis Batu Karang

Jenis batu karang
  1. ASID URIK
  2. KALSIUM
  3. STRUVITE (batu magnesium ammonium fosfat)
  4. CYSTINE

Batu karang yang boleh dikesan melalui sinaran x ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran x, tetapi biasanya ia akan dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

Batu yang membesar dalam ginjal mungkin akan mengambil masa yang lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.

Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang siznya masih sama biarpun selepas 10 tahun.

Lelaki lebih berisiko mengidap penyakit ini berbanding wanita. Ia disebabkan oleh hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu. Selalunya individu yang berusia 20 hingga 50 tahun berisiko mendapat penyakit ini.^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan