Rabu, 9 Oktober 2013

Mi Panjang Umur



Mi panjang umur
Harian metro
MEE Sua atau lebih popular dikenali sebagai mi panjang umur memang hidangan unik dan cukup menyelerakan.
Bagi warga Semenanjung, hidangan ini agak asing dan jarang diketahui. Namun, bagi masyarakat Cina, khususnya masyarakat Sibu, Mee Sua mempunyai makna tersendiri.
Pemilik Rafie Cafe, Siti Khatijah Abdullah, berkata dulu mi itu disajikan apabila menyambut kelahiran bayi, sambutan panjang umur dan sarapan pagi sebagai tanda panjang umur.

“Dulu mi ini dibuat sendiri menggunakan tepung dan saiznya lebih nipis berbanding mi lain, uniknya ia lebih panjang. 

MEE SUA lambang umur panjang.

“Dengan kepanjangan mi itu, ia melambangkan panjang umur kepada mereka yang memakan,” katanya.

Sejak beroperasi selama 13 tahun, hidangan Mee Sua di Rafie Cafe ini istimewa berbanding di restoran lain kerana sup yang juga menjadi perasa utama adalah resipi Siti Khatijah sendiri.

Berkongsi sedikit rahsia penyediaan sup Mee Sua, ia senjata utama hidangannya kerana Siti Khatijah menggunakan rempah istimewa yang dihasilkan sendiri.

“Dalam penyediaan sup ayam, ia bukan saja di rebus tetapi dikukus.

“Ini kerana, ayam yang digunakan perlu dikukus dulu supaya rasanya tidak hilang supaya sup Mee Sua lebih beraroma dan sedap,” katanya.

Rafie Cafe yang dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam dengan menyediakan hidangan Cina, Melayu dan India.

Hidangan lain yang tidak kurang istimewanya di Rafie Cafe ialah kompia ayam dan daging.

Berkunjung ke Rafie Cafe, bukan saja memberi peluang anda merasai keenakan Mee Sua, tetapi membeli pelbagai barangan cenderamata terutama motosikal besar Harley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan