Khamis, 18 Julai 2013

Resipi roti sardin goreng



Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar cincang
1 biji cili merah cincang
Roti gardenia
Sedikit jus limau nipis
Serbuk perasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Campurkan ikan sardin dgn sedikit sosnya, cili, dan bawang pastu gaul sehingga ikan hancur. Masukkan sedikit jus limau nipis dan perasakan dengan garam gula gaul lagi.
2. Lenyek roti bagi nipis. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Letakkan sedikit inti sardin tadi diatas roti dan gulungkan. 
3.  Panaskan minyak, celupkan roti tadi dalam telur yang dipukul dan gorengkan. Selamat mencuba ^_^

Rabu, 17 Julai 2013

Kad raya pertama

Assalamualaikum.. 
Yeaa dapat dah kad raya hehe. Ni la kad raya pertama untuk tahun 2013 dari  Abang EqbalZack.
Terima kasih Abang EqbalZack sebab bagi kad raya nie..

Khamis, 11 Julai 2013

Resipi mi siam berkuah

 

Bahan untuk mee hoon goreng

400 gm mee hoon direndam

Sedikit sawi

Fish cake

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

7 cmb cili boh

2 cmb udang kering

sedikit gula dan garam


Cara-cara

1.  Kisar semua bahan tadi dan bahagikan kepada dua bahagian.

2.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan sebahagian bahan kisar tadi sehingga naik minyak.

3.  Bila sudah naik minyak masukkan pula sawi dan fish cake serta sedikit garam dan gula.

4.  Masukkan pula sedikit air dan mee hoon yang direndam tadi.

5.  Kacau sehingga semua sebati.


Bahan untuk membuat kuah

 Asam jawa adabi

1 liter air

1/2 botol taucu

3 cmb kacang tanah (saya tak letak)

bahan kisar tadi

6 ekor udang segar

gula dan garam


Cara-cara

1.  Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

2.  Masukkan asam jawa, air, udang, taucu dan perasa.

3.  Biarkan mendidih dan siap.. 

4.  Hiaskan dengan taugeh, telur dadar dipotong halus. Selamat mencuba ^_^

Rabu, 10 Julai 2013

Doa berbuka puasa dalam rumi

Assalamualaikum..

Doa Buka Puasa Untuk Seorang:

Lafaz: Allahumma laka somtu wa bika amantu wa'alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin.

Maksud: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Buka Puasa Ramai:

Lafaz: Allahumma laka somna wa bika amanna wa'alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.

Maksud: Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

^_^

Selasa, 9 Julai 2013

Niat Puasa Ramadhan

Assalamualaikum..

Lafaz Niat Puasa Yang Lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Isnin, 8 Julai 2013

Resipi bubur kacang hijau

 

Bahan-bahan

1 cwn kacang hijau

1 liter santan

1 cmb sagu

1 helai daun pandan

Gula merah

Sedikit garam


Cara-cara

1.  Rebus kacang hijau sehingga lembut/empuk.

2.  Masukkan santan, daun pandan dan gula merah. kacau sehingga mendidih sekejap.

3.  Masukkan pula sagu dan sedikit garam kacau sehingga sagu masak.

4.  Selamat mencuba.. ^_^

Ahad, 7 Julai 2013

Resipi pengat nangka


Bahan-bahan

14 ulas nangka dibuang biji

500 ml santan

1 cmb sagu

1 helai daun panda

gula putih ikut manis


Cara-cara

1.  Masukkan kesemua bahan dalam periuk.

2.  Sentiasa kacau sehingga mendidih, sedia dihidang.Selamat mencuba.. ^_^

Sabtu, 6 Julai 2013

Kerana Span

Kerana span kita boleh membasuh pinggan mangkuk dalam sinki yang belambak,
Kerana span jugak kita boleh cuci kereta diwaktu hujung minggu boleh jimat duit dari basuh kat kedai.
Kerana span jugak lagi sekali boleh cuci badan waktu mandi.
Banyak betoi jasa span kat kita.
Span oh span hang dah hilang tergendala semua kerja nak buat hari ni adoyai.. sedih mengenang nasib yang kehilangan span huhu..

Origami malam

Nak tido tak ngantok pon macam mana nak bagi ngantok nie huhu. Jom buat origami nak bagi ngantok cepat ni. Sapa yang tak tido lagi jom teman buat origami sekali hehe. Nak buat bentuk burung la hehe. Ok selamat malam..