Rabu, 31 Oktober 2012

RESIPI KERABU TELUR



Bahan-bahan 

10 biji telur
1 biji lobak merah
20gm daun bawang
2 biji bawang besar dimayang
5 camca besar thai sos

Cara-cara
  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul hingga kembang.
  2. Panaskan kuali dan masukkan setengah senduk bancuhan telur tadi didalam kuali. Goreng nipis sehingga habis bancuhan tadi.
  3. Lobak merah dipotong julien (hiris panjang). Hiris daun bawang.
  4. Potong telur tadi berbentuk panjang.
  5. Masukkan semua bahan tadi iaitu lobak merah, daun bawang, telur dan bawang besar yang telah dimayng ke dalam magkuk.
  6. Tuangkan thai sos dan gaul sebati.
 Selamat mencuba.. ^_^

AARON AZIZ MASUK HOSPITAL!!!

Assalamualaikum... ada tak sesiapa yang tengok master chef2 tadi hehe. Tapi yang nie bukan nak cita pasal master chef2. Selepas chef habis tengok master chef2 sambung plak cita terbaru keluaran astro ria "meletop". Asyik dok menonton tetiba terdengar berita yang Aaron Aziz Masuk Hospital Kerana Demam Pneumonia. Aaron Aziz pelakon lelaki popular telah dimasukkan ke hospital di Cape Town pagi kelmarin berikutan demam teruk yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.

Berita tentang Aaron Aziz masuk wad itu disahkan oleh isterinya, Diyana melalui laman tiwtter, hari ini. Menurut isterinya, Aaron mengalami demam yang agak teruk akibat Pneumonia.
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit berbanding sebelumnya. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.
Sebelum ini, Aaron dikatakan mengalami batuk namun beliau enggan menerima rawatan. Tapi pepon kita berdoa je la semoga Aaron Aziz cepat sembuh. 
amin... ^_^

Selasa, 30 Oktober 2012

RESIPI OMELLETE

Salam semua, selamat pagi hehe. Kalau bangun pagi je mesti terus pergi kat dapur n meja makan. Buat apa lagi nak sarapan la kan. Chef pon sama gak la kan tapi pagi tadi dah lapar sangat selalunya beli je nasi lemak or kuih kat depan simpang tu tapi apa kan daya makcik jual kuih tu tutup kedai raya korban lama sangat hehe. Maklumlah org bujang malas nak masak kat rumah dah kerja sbg chef ni masak pon kat tempat keja je la kan. Jadi chef pon terpaksa lah masak sarapan yang simple2 je, sebab barang kat dapur cuma ada telur ayam, bawang, susu. Dah barang pon sikit je plan nak masak omellete je la. Apa tggu lagi jom la jenguk resipi omellete istimewa dari chef hehe.




BAHAN-BAHAN

2 biji telur
1 biji bawang besar (di potong dadu)
1 btg sosej (di potong dadu)
1/2 biji lada benggala (di potong dadu)
2 sudu besar susu UHT
sedikit garam
sedikit minyak untuk goreng

CARA MEMBUAT
  1. Pukul telur bersama susu UHT dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumiskan bawang besar, sosej dan lada benggala sehingga naik bau.
  4. Tuangkan telur dalam kuali dan biarkan ia separuh masak dan lipat telur tersebut (flip).
Selamat mencuba dan semoga anda dapat memulakan hari anda dengan hidangan yang brkhasiat.^_^