Selasa, 18 Februari 2014

Resipi Ikan Kukus Pedas

Assalamulaikum..
Hari ni nak kongsi resipi ikan kukus pedas. Takpuas kalau makan kat kedai sebab kekadang tak menepati selera kita kan hehe. Baik masak sendiri je. Jom cuba resipi ikan kukus pedas..

http://raziqchef.blogspot.com/

Bahan-bahan
1 Ekor ikan siakap
2 Biji cili merah
2 Biji cili padi
1 Biji jus limau nipis
2 Btg serai
Halia
2 Ulas bawang putih
3 Biji bawang kecik
Kiub ayam
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Garam dan Gula..

Cara-cara
  1. Bersihkan dan kelar pada ikan tersebut.
  2. Cincang bawang kecik, bawang putih, serai, halia, cili merah dan cili padi. 
  3. Perapkan dan gaulkan ikan tadi dengan sedikit minyak masak,  jus limau nipis, bahan yang dicincang tadi, sedikit air, kiub ayam, garam dan gula selama 10 minit.
  4. Sementara tunggu ikan di perap, panaskan periuk kukus.
  5. Kukus ikan selama 15-20 minit.
  6. Setelah masak hiaskan dengan daun bawang dan hirisan lobak merah.
  7. Selamat mencuba ^_^

Sabtu, 1 Februari 2014

Sawi Pak Choy Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.. Salah satu menu tengahari untuk hari ini iaitu sawi pak choy masak sos tiram. Mudah je nk masak dan cepat hehe..

http://raziqchef.blogspot.com/

Bahan-bahan

3 Pokok sawi
5 Ekor udang sederhana/ kalau nk ganti dengan ayam/daging pon boleh
1 Ulas bawang putih
Sedikit halia dihiris nipis
3 c/b Sos tiram
Sedikit air
garam dan gula
1 c/k bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara
  1. Celurkan sawi pak choy tadi di dalam air panas. Susunkan sawi yang telah dicelur tadi diatas pinggan. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kuali pan. Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air untuk bagi kuah.
  4. Setelah mendidih masukkan udang dan suaikan rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
  6. Tuangkan sos/kuah tadi diatas sawi pak choy.. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba ^_^