Jumaat, 31 Januari 2014

Kebaikan Jintan Hitam Atau Habbatus Sauda

Kebaikan Jintan Hitam Atau Habbatus Sauda

Assalamualaikum.. Pernah dengar tak jintan hitam?? Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang telah digunakan sebagai ubat sejak zaman Mesir purba lagi. Habbatus sauda mengandungi lebih daripada 100 bahan aktif semulajadi yang dapat memberikan manfaat pada tubuh badan kita.

Khasiat dan kebaikan habbatus sauda
  1. Ia sangat baik untuk melegakan demam dan juga selsema.
  2. Dapat merawat sakit kepala.
  3. Merawat sakit gigi dengan cara dimasak dengan cuka dan digunakan untuk berkumur.
  4. Membantu mengurangkan sakit perut dan cirit-birit.
  5. Wanita hamil juga boleh menggunakan jintan hitam ini atau habbatus sauda untuk menambahkan kuantiti susu badan.

http://raziqchef.blogspot.com/

sumber Facebook Anugerah

Rabu, 29 Januari 2014

Khasiat Dan Kebaikan Buah Delima

Khasiat Buah Delima


Assalamualaikum.. Mesti semua penah makan buah delima kan. Warna oren kekuningan dan isi merah menyala yang manis dan berjus terliur je dengar kan hehe. Tapi disebalik warna dan isi yang sedap tu la terdapat pelbagai khasiat dan juga kebaikan untuk tubuh badan kita. Selain itu buah delima juga kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan dan kecantikan..
Khasiat dan Kebaikan Buah Delima
  1. Menjana semula sel: Melindungi sel kulit dengan membaiki tisu yang rosak, luka dan menggalakan proses penjanaan semula sel.
  2. Pelindungan dari sinaran UV berbahaya: Ia juga dapat melindungi kulit dari tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser kulit.
  3. Melambatkan penuaan: Dapat menghalang tanda-tanda penuaan dengan menghilangkan garis-garis kedut pada wajah.
  4. Meremajakan wajah: Delima membantu melembutkan kulit dan menghasilkan kolagen yang menjadikan wajah anda tegang, lembut dan berseri .
  5. Baik untuk kulit yang kering: Ia memberikan kelembapan tambahan pada kulit dan menjadikan kulit wajah lebih cantik serta cerah.

http://raziqchef.blogspot.com/
sumber Facebook Anugerah

Ahad, 5 Januari 2014

Kek Puding Karamel Tahun Baru 2014

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru

Happy New Year 

^_^ 2014 ^_^

Tahun baru nie jom kita buat kek puding karamel.. First time buat kek puding karamel terus menjadi hehe.. Walaupun tak berapa cantik.. Selalunya tempah kat orang je, sekarang ni dah boleh buat sendiri jimat sikit duit.. Rasa kek yang digabungkan dengan puding karamel ni wow memang meletup dalam mulut haha.. Tapi berbaloi jugak la sebab sehari suntuk nak buat sebiji kek je.. Nak habiskan lima minit je.. hehe
okay semua selamat mencuba..

http://raziqchef.blogspot.com/