Ahad, 19 Mei 2013

Resipi pengat labu

Bahan-bahan

200 gm labu dipotong dadu

500 ml santan

1 cmb sagu

1 helai daun pandan

Gula merah


Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan didalam periuk.
  2. Kacau selalu sehingga mendidih. Selamat mencuba ^_^..

Sabtu, 18 Mei 2013

Jumaat, 17 Mei 2013

Resipi bubur caca



Bahan-bahan

100 gm caca

200 gm keledek

200 gm keladi

1 liter santan

1 helai daun pandan

1 cmb sagu

gula merah


Cara-cara
  1. Kupas keledek dan keladi, dan potong dadu kecil. Rebus keledek dan keladi tadi, setelah lembut toskan.
  2. Masukkan caca, santan, sagu, daun pandan, gula merah, keledek dan keladi kedalam periuk.
  3. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Selamat mencuba ^_^..

Khamis, 16 Mei 2013

Cara membuat pewangi spray

Assalamualaikum..

Cara untuk membuat pewangi spray sendiri. Spray pewangi nie boleh dibuat untuk gantikan spray febreze anda yang dah kehabisan hehe.

Bahan yang diperlukan ialah pelembut pakaian downy, softlan atau apa2 pon boleh, soda bicarbonat, botol sray dan air.

Cara-cara
  1. Tuangkan air dalam botol spray, jangan penuh sangat.
  2. Tuangkan pula 2 penutup penuh softlan.
  3. Masukkan 1cmb soda bicarbonat.
  4. Tutup botol spray tersebut dan goncangkan sehingga sebati.
  5. Sekarang bolehlah digunakan sebagai pewangi rumah anda.
Selamat mencuba ^_^

Isnin, 13 Mei 2013

Kegunaan daun pandan dan khasiat

Daun Pandan.

Terdapat banyak kegunaan daun pandan sebenarnya diantara kegunaan yang biasa digunakan ialah: 

Sebagai pewarna

: Iaitu dengan kisarkan daun pandan lalu ditapis untuk mendapatkan jus pandan tadi untuk dijadikan pewarna dalam kuih dan makanan.

Sebagai pewangi dalam makanan

: Daun pandan juga boleh dijadikan pewangi dalam makanan iaitu seperti nasi lemak, pengat atau bubur dan juga crepes pandan.

 

Sebagai pembalut makanan

: Digunakan sebagai pembalut makanan seperti ayam bakar dan kuih tradisional.

Pewangi kereta

: Selain makanan, daun pandan juga boleh digunakan sebagai pewangi kereta iaitu dengan mengambil beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah kerusi pemandu.

 Khasiat atau kebaikan yang terdapat pada daun pandan ini ialah, ia dapat membantu mengurangkan stres dan juga dapat membuang angin dalam badan. ^_^