Isnin, 31 Disember 2012

Video 4teen Berdua Bersatu

4teen Berdua Bersatu Lirik Lagu

Fourteen Berdua Bersatu 

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu.. ^_^

Ahad, 30 Disember 2012

Fear Factor Selebriti Gayat


Assalamualaikum..
Tengok tak fear factor selebriti malaysia 2012 yang bermula pada 29/12/12 di astro ria. Chef tengok gak tapi macam tak best je bab permulaan baru episod 1 kan. Tema atau faktor yang diketengahkan ialah ketinggian atau gayat. Tapi peserta memang sporting la dan berani. Kesian gak tengok peserta yang tersingkir Roslan shah dan Azam pitt pada permulaan episod. Ingatkan mereka akan diberi peluang, ye la kan baru episod pertama. Tapi apa2 pon mereka peserta yang berani memasuki fear factor.. ^_^

Isnin, 24 Disember 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalamualaikum...


"Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod" nie la tajuk entry giveaway blogger Wak Gelas yang nak bagi kita semua Ipod FREE tau hehe.. Memang baik hati la Wak nie hehe.. Bukan senang nak dapat Ipod free macam nie kan.. Mesti ramai yang nak joint kan, senang je syarat2 untuk sertai giveaway Wak nie.. First Wak kata, mesti warganegara malaysia, then yang kedua korang kena lah jumpa ngan wak sendiri tanya syarat kedua dan seterusnya kat sini WakGelas atau klik kat banner atas tu ye hehe..^_^

Sabtu, 15 Disember 2012

Durian Racun


Assalamualikum...
Durian oh durian, hurm banyak betol sekarang nie kan. Boleh dikatakan sepanjang jalan orang jual durian tak lupa gak kat pasar malam. Sampai ada yang kata harga sebiji durian dijual dengan RM1 ja. Murah kan, boleh la borong lepas nie hehe. Macam-macam boleh buat, pulut durian, crepe durian, tempoyak, yum yum sedap nye hehe. Tapi makan banyak sangat takut badan panas pulak kan. Cuba cara nie, petua orang tua2 la katakan kalau tak nak badan panas n demam lepas makan durian.


Kulit Durian

- Lepas korang kopek durian tu jangan dibuang kulit durian tu tau simpan dulu sampai puas makan durian.
- Then lepas korang dah puas makan durian, ambik kulit durian tersebut dan tuang air dalam kulit tu yang tempat isi durian tu.
- Pastu kalau bagi muslim selawat n minum air tu, insyaallah boleh menyejukkan badan.

Cuba la dirumah k. ^_^

Resipi Chicken Chop Simple

Assalamualaikum...
Jom cuba buat chiken chop nie memang ringkas dan sedap hehe. Bahan-bahan nye pon tak ssh nak cari sebab semua bahan chef beli kat tesco je tak sempat beli kat pasar pagi bangun pon lewat hehe.. Jom tengok resipi chicken chop nie: 



Bahan-bahan ayam

Minyak masak
4 keping daging ayam yg telah dbuang tulang
200gm serbuk roti
1 kotak tpg goreng serbaguna adabi / tpg goreng ayam
1 biji telur

Cara-cara

  1. Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau.
  2. Panaskan minyak, ambil sekeping daging ayam celupkan dalam tpg goreng ayam, telur dan serbuk roti.
  3. Gorengkan ayam tadi.
Bahan-bahan sos cendawan

sedikit butter / minyak
1 paket sup cendawan maggi
1 biji bawang merah (cincang)
1 biji bawang putih (cincang)
sedikit kicap
600 ml air
cendawan butang slice (ikut citarasa)
sedikit bancuhan tpg jagung

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit butter/minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang merah bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan butang slice, air dan sup cendawan tadi dan kacau.
  4. Masukkan pula sedikit kicap untuk memberi warna dan perasakan.
  5. Jika mahukan sos pekat masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
Bahan-bahan hiasan

Lobak merah dipotong memanjang (julien)
Brokoli
Bunga kobis
1 ulas bawang putih
Lada sulah
Garam

Cara-cara
  1.  Panaskan air dalam periuk dan celur sayur tadi, toskan.
  2. Panaskan pan masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, masukkan sayur tadi, sedikit lada sulah dan garam, kacau sekejap dan tutup api siap.
Cuba la buat dirumah memang sedap dan mudah.. ^_^

Jumaat, 14 Disember 2012

KAD MERAH HARIMAU MALAYA


Assalamualaikum...
Berakhir sudah Perlawanan akhir bola sepak Piala AFF suzuki 2012, Thailand vs Malaysia. Kemenangan Thailand ramai yang tak puas hati, maybe sebab pengadil yang tidak adil kan hurm. Tapi memang tak adil gak tengok fadhil shas di layangkan kad merah oleh pengadil dan sekali gus malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain sahaja. Hurm apa-apa pon pasukan harimau malaya telah membuat yang terbaik untuk menang dan kekalahan yang diterima adalah kekalahan yang bermaruah. ^_^

Khamis, 13 Disember 2012

Resipi Pandan Crepe Kastad Durian

Assalamualaikum.. 
Jom cuba buat sendiri crepe durian asyik beli je kan hehe.. Tapi resipi ni lain sikit, lagi sedap sebab crepe tu ditambah dengan perisa pandan dan inti dimasak bersama kastad memang sedap la..




Bahan-bahan

250gm Tepung gandum
4 helai daun pandan (blend bersama santan dan tapis, ambil jus sahaja k)
500 ml santan cair
1cmt baking powder
sedikit garam

Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, baking powder dan garam gaul sekejap dan masukkan jus pandan yang dah diblend dengan santan tadi.
  2. Kacau sehingga sebati, kalau bancuhan pekat tambah sedikit air ye.
  3. Panaskan non stik pan dan sendukkan bancuhan tadi di atas pan tapi api kena slow ye takut tekstur tak cantik pulak.

Kastad durian

Bahan-bahan

8 ulas isi durian
2cmb gula
100ml santan
1cmt tepung kastad

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan dan masak diatas api yang perlahan sehingga pekat.
  2. Letakkan inti ditengah kulit crepe dan lipat menjadi seperti bantal. ^_^ 

Isnin, 10 Disember 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru


Assalamualaikum... Kepada anda yang mempunyai 
follower kurang dari 1000 boleh la join segmen nie hehe.. 
Jom la apa tunggu lagi, hehe just klik jekat banner kalau nak join k... ^_^

Followers setakat nie: 62

SEGMEN: "3 Jam, 3 Perkataan"

klik banner kalau nak join k ^_^

 3 Perkatan yang melambangkan my blog:

Dairi, Info, Resipi... ^_^


Segmen: Blogwalking Following Follow by MisEyz

Assalamualaikum...
Jom berblogwalking bersama MisEyz. Cute sangat tengok banner nie kan macam tuan dia gak hehe.
Komen blog nie emm?? Memang cantik dan menarik dan cute ^_^...
Kalau nak join klik je kat banner cute tu k hehe..
TQ..

Ahad, 2 Disember 2012

IZYAN JUARA MASTERCHEF MALAYSIA2

Assalamualaikum...
Semalam telah berlangsungnya dua rancangan yang berbeza dan meletop iaitu piala AFF suzuki malaysia menentang indonesia dan pertandingan akhir masterchef malaysia musim kedua. Memang terbaik ar kan berebut nak tengok tv semalam haha. Apa2 pon sempat gak tengok masterchef. 


Memang sengit gak ar dia punya peserta finallis, tapi kesian gak tengok etiqa disaat akhir baru dia diumumkan terkeluar sedih huhu, nak buat macam mana kan adat pertandingan hehe. Tiga orang Peserta yang hebat bertarung di dapur masterchef semalam selama 3 jam untuk menyiapkan hidangan masing-masing. Kejutan semalam adalah hidangan mereka ini telah diadili oleh 15 juri, wah ramai kan. 

Yang pastinya pemenang atau juara Masterchef Malaysia musim kedua ini dimenangi oleh Izyan, beliau telah membawa pulang hadiah Trofi Juara Masterchef Malaysia 2 , RM100,000 dan hadiah tajaan Panasonic yang bernilai Hampir RM10,000 wah bertuah sungguh Izyan kan hehe. Pemenang tempat kedua pula dimenangi oleh Along dan tempat ketiga dimenangi oleh Ah Hong. Nama juara Masterchef musim pertama dan kedua macam sama je kan Ezani, Izyan hehe apa-apa pon tahniah buat Izyan Along dan Ah Hong. ^_^

MALAYSIA 2, INDONESIA 0, PIALA AFF SUZUKI 2012

 


MALAYSIA 2, INDONESIA 0, PIALA AFF SUZUKI 2012

Piala AFF Suzuki: Malaysia 2, Indonesia 0


Gol Malaysia kedua-duanya dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27 dan Mahali Jasuli minit ke-30.
Kemenangan ke atas Indonesia melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir menentang Thailand. 

Isnin, 19 November 2012

ABN Xcess pesaing baru ASTRO

ABN Xcess pesaing baru ASTRO


Kehadiran ABN Xcess akan membuat pihak ASTRO pening kepala selepas ini dengan tawaran yang dibuat hanya RM29.99 sebulan dengan menyediakan 50 saluran pendidikan, informasi dan hiburan. Adakah ini petanda kejatuhan ASTRO? atau satu persaingan sihat akan berlaku serta bil siaran televisyen berbayar di negara kita akan turun tidak lama lagi?



 Patutla sebelum ni Astro sibuk bagi siaran percuma kepada pelanggan. Dikatakan ABN juga menyediakan 7 channel HD daripada 50 saluran tanpa bayaran tambahan. Anda semua juga tidak perlu risau tentang cuaca di tempat anda kerana ABN ni boleh kena hujan. 


ABN juga yang kini berada di Petaling Jaya sedang dalam proses pembinaan bangunan baru di Puchong, Selangor dimana bangunan baru tersebut merupakan stesen TV berbayar terbesar di Malaysia dengan kelengkapan serba canggih.

Jadi sama-sama kita tunggu kehadiran ABN Xcess ke tempat masing-masing supaya kita dapat nikmati saluran berbayar dengan harga berpatutan. 

#Lepas ni boleh la buat  tutup tempayan piring astro tu.

Ahad, 18 November 2012

REZEKI SHILA AMZAH AIM19

Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah yang telah memenangi serta dinobatkan sebagai lagu terbaik AIM19 2012 iaitu Patah Seribu. Lagu Patah Seribu ini telah dicipta sepenuhnya oleh Shila Amzah sendiri. Wah rezeki yang tak di sangka-sangka, sebelum memenangi anugerah AIM19 Shila Amzah telah memenangi kejuaraan Asian Wave 2012 dan sekali gus telah menaikkan nama negara Malaysia. 


Memang tahun 2012 membawa rezeki kepada Shila Amzah serta menjadi tahun yang tak dapat dilupakan hehe. Apa2 pon harap Shila Amzah terus berusaha untuk maju kehadapan semoga dapat menaikkan nama negara dimata dunia dan tahniah atas kejayaan anda..^_^



AIM19 SENARAI PENUH PEMENANG

Senarai Penuh Pemenang Akhir AIM 19

 
Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)


  Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)  
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)


Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu 
Forteen (Seperti Dulu)
 
 
Video Muzik Terbaik
Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)


 
Lagu Pop Etnik Terbaik 
Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
 

Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer 

Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

Lagu Hip Hop Terbaik 
Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara 
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Lagu Terbaik
Shila Amzah - Patah Seribu

Album Terbaik
SalamMusik (Salam – SalamMusik) 

Anugerah Kembara
Mizz Nina

Anugerah Sri Wirama
Alleycats


Sabtu, 17 November 2012

CALON AKHIR AIM 19 2012

Senarai Penuh Pencalonan Akhir AIM 19

Artis Baru Terbaik
1.    Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2.    Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3.    SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5.    The Malayan (Aku Bukan Lagenda)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1.    Azlan & The Type Writer (Idola)
2.    Faizal Tahir (Buta)
3.    Hazama (Majnun)
4.    Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1.    Jaclyn Victor (Counting Days)
2.    Nora (Doa)
3.    Shila Amzah (Patah Seribu)
4.    Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5.    Jaclyn Victor (Jagalah Diri)
 

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Firdaus (Saat Terindah)
2.    Forteen (Seperti Dulu)
3.    GX4 (Kerana Kasihmu)
4.    Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5.    SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)
 

Kulit Album Terbaik

1.    Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2.    Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3.    Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4.    Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5.    Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)
 

Rakaman Album Terbaik

1.    Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2.    Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3.    Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4.    Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5.    Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)
 

Video Muzik Terbaik

1.    Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2.    Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3.    Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4.    Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5.    Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
 

Lagu Pop Etnik Terbaik

1.    Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2.    Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3.    Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4.    Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5.    Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
 

Lagu Nasyid Terbaik

1.    Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2.    Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3.    Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4.    Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5.    Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi


Lagu Rock Terbaik

1.    Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2.    Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3.    Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4.    Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5.    Bebas (Sam) – The Azenders
 

Lagu Pop Terbaik

1.    Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2.    Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3.    Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4.    Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5.    Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
 

Lagu Hip Hop Terbaik
1.    Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2.    Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3.    Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4.    Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5.    Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1.    Memo (Yuna) – Yuna
2.    Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3.    Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4.    Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5.    Photo Of You (Yuna) – Yuna
 

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

1.    Tentang Rasa (Astrid)
2.    Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3.    Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4.    Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5.    Aku Kembali (Sammy Simorangkir)
 

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Arman,  Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2.    Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3.    Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4.    Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5.    AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)
 

Album Terbaik

1.    Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2.    Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3.    Take Off (Pesawat - Pesawat)
4.    SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5.    Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)


Pecahan Pencalonan


1.     Yuna (6)
2.     Jaclyn Victor (6)
3.     Noraniza Idris (5)
4.     Nora (4)
5.     Stephen Rahman Hughes (3)
6.     Azlan & The Type Writer (2)
7.     Faizal Tahir (2)
8.     Jamal Abdillah (2)
9.     Siti Nurhaliza (2)
10.   Shila Amzah (2)
11.   Hujan (2)
12.   Filsuf (2)
13.   MizzNina (2)
14.   Hafiz Hamidun (2)
15.   Stacy (2)


Jumaat, 16 November 2012

BAHAYA!! KOSMETIK PEMBUNUH SENYAP

KUALA LUMPUR – Ramai wanita yang menggunakan produk kosmetik tiruan tidak menyedari bahawa barangan tersebut sebenarnya merupakan pembunuh senyap termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada otak.

  

Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Beng berkata, kosmetik tiruan mengandungi campuran bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia. 


Pelbagai bahan merbahaya yang telah digunakan dalam kosmetik tiruan ini antaranya ialah:
  • Aluminium
  • Logam berilium
  • Plumbum
  • Arsenik
  • Kadmium
  • Tembaga


“Penggunaan kosmetik tiruan dalam tempoh panjang menyebabkan bahan kimia berbahaya itu meresap ke dalam liang kulit seterusnya berkumpul dan meningkatkan jumlah toksik dalam badan.
”Pengguna boleh terdedah kepada risiko kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka menjadi cacat akal atau menghidap penyakit Alzheimer pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Antara risiko penyakit yang mengancam pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis (penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata, masalah jantung, buah pinggang dan gangguan sistem saraf.

Sabtu, 10 November 2012

KEPUTUSAN ANUGERAH SKRIN 2012






1.   Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2.   Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3.   Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4.   Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5.   Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6.   Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7.   Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8.   Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9.   Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Selasa, 6 November 2012

RESIPI KEK COKLAT MUMMY DAN AISKRIM HOMEMADE

Assalamualaikum...Hari yang indah dan ceria hehe. Sapa suka makan kek coklat?? aiskrim??..Hurmm mesti ramai yang teringin nak makan kan kan hehe. Tak pe kalau korang teringin nak makan chef nak kongsikan resipi ngan korang nie. Chef dah buat kedua masakan nie kelmarin. Best nya makan waktu minum petang. Jom kita tengok resipi kek coklat dulu.



Kek coklat
Bahan-bahan

1, 1/2 cawan Tepung Gandum
1 cmt Serbuk Penaik
2 cawan Gula Halus (di blend)
1 cawan Mentega
1 cawan Serbuk Koko
4 biji Telur
1 cmt Esen Vanila
1/2 cawan Susu Cair

Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik ketepikan. 
  2. Cairkan mentega dan jangan sampai keluar minyak ye.
  3. Masukkan mentega yang telah dicair bersama serbuk koko didalam mangkuk pengadun kek. Putarkan sehingga adunan sebati atau selama 2 minit. Masukkan gula halus, dan putar sehingga adunan gebu.
  4. Setelah adunan gebu, masukkan pula telur sebiji demi sebiji jangan masukkan semua sekali dalam satu masa ok hehe. Masukkan pula esen vanilla.
  5. Akhir sekali boleh la masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga masukkan susu cair.
  6. Bakar adunan pada suhu130 darjah celcius.
Resipi kek coklat dah. Next resipi ais krim pulak hehe. Resipi ais krim nie chef dah cuba buat dan memang sedap. Jom tengok resipi:




Ais krim
Bahan-bahan

450 ml Susu Segar
200 gm Susu Tepung Tanpa Lemak
2 cmb Coklat Emulco / perisa yang dsukai
4 cmb Gula Kastor (kalau suka manis tambah lagi k)
1 cmk Esen Vanila
Kalau nak tambah buah segar pon boleh contoh ais krim strawberry tambahkan 100gm buah strawberry yang di potong kiub.

Cara-cara
  1. Campurkan susu segar dan susu tepung, putar sehingga sebati.
  2. Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang.
  3. Campurkan coklat emulco dan esen vanila. Putar sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam bekas yang bertutup dan hendaklah kering. Simpan didalam freezer.
  4. Kalau dah beku, keluarkan dan putar semula hingga cair menggunakan mesin pengadun kek.
  5. Tuangkan semula kedalam bekas dan simpan dalam freezer balik sehingga beku. 
  6. Dah beku bolehlah dmakan..
 Selamat mencuba..^_^

Ahad, 4 November 2012

SEGMEN - JOM JADI FOLLOWERS SAYA



Assalamualaikum...
Jom join segmen nie yang dianjur oleh CekodokGebu memang best..
klik kat gambar diatas..^_^



SEGMEN : JOM FOLLOW


Assalamualaikum...
Jom sertai segmen Jom Follow. Chef sertai pon sebab follower chef sikit sangat hehe 
malulah pulak nak cakap berapa orang hehe..
Setakat nie follower chef baru ada 9 follower je...
Jom la Follow chef dan sertai jugak segmen Jom Follow dengan 
klik je kat gambar atas tu... ^_^

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum...
Jom ramai-ramai sertai segmen ayuinsyirah mencari rakan blogger.
Syarat- syarat untuk segmen ni senang je 
dan boleh dilihat dengan klik gambar bunga ros merah yang cantik diatas tu hehe... ^_^

Segmen Follower bawah 400 (sesiapa yang mempunyai follower bawah 400)

Wah bagusnya segmen nie. Chef nak kongsikan kepada blogger yang mempunyai follower bawah 400 contohnya macam chef lakan hehe. 

Adakah anda layak untuk sertainya chef dah sah memang layak lakan sebab follower pon sikit je. Kalau anda rasa layak dan nak join jom la lagi ramai lagi bagus. 

Nak join jom kita pergi je kat blog Menulis Menconteng. Lepas nie jangan lupa follow chef k sekian... ^_^

Download Borang Permohonan BR1M 2.0

Assalamualaikum..
Chef nak kongsikan sedikit info dengan anda semua nie hehe. Anda kini boleh download borang permohonan BR1M anda disini:

Download Borang Permohonan BR1M 2.0

Sebelum anda isi borang tersebut kenalah tengok dulu syarat-syarat kan. Selepas anda dah teliti dan lihat syarat yang diberi barulah isi borang tadi k.

Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 (Isi Rumah) –Bantuan sebanyak RM 500
  • Warganegara Malaysia
  • Berkeluarga / Ketua Keluarga dengan isi rumah keseluruhan berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah.
Tarif ketua keluarga
  • Individu yang telah berkahwin
  • Ibu /bapa tunggal yang mempuyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang hidup bersendirian.
Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang – Bantuan sebanyak RM 250
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2000 ke atas.
  • Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
  • Bukan penuntut IPTA/IPTS
  • Bekas penuntut IPT dan masih menganggur
Bayaran dijangka diagihkan pada awal 2013 .^_^



Sabtu, 3 November 2012

500 EKOR KUCING MENU LAUK HIDANGAN

 
Sanggupkah anda makan daging kucing untuk hidangan makan malam?


SEBAHAGIAN daripada 500 ekor kucing yang dipintas pihak polis di bandar Xuzhou, dalam wilayah Jiangsu di China baru-baru ini.



XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.
Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.

Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.
"Arnab," jawab pemandu tersebut.

Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.
Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.
Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.

Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.
Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.
Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi ^_^