Isnin, 31 Disember 2012

Video 4teen Berdua Bersatu

4teen Berdua Bersatu Lirik Lagu

Fourteen Berdua Bersatu 

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu.. ^_^

Ahad, 30 Disember 2012

Fear Factor Selebriti Gayat


Assalamualaikum..
Tengok tak fear factor selebriti malaysia 2012 yang bermula pada 29/12/12 di astro ria. Chef tengok gak tapi macam tak best je bab permulaan baru episod 1 kan. Tema atau faktor yang diketengahkan ialah ketinggian atau gayat. Tapi peserta memang sporting la dan berani. Kesian gak tengok peserta yang tersingkir Roslan shah dan Azam pitt pada permulaan episod. Ingatkan mereka akan diberi peluang, ye la kan baru episod pertama. Tapi apa2 pon mereka peserta yang berani memasuki fear factor.. ^_^

Isnin, 24 Disember 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalamualaikum...


"Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod" nie la tajuk entry giveaway blogger Wak Gelas yang nak bagi kita semua Ipod FREE tau hehe.. Memang baik hati la Wak nie hehe.. Bukan senang nak dapat Ipod free macam nie kan.. Mesti ramai yang nak joint kan, senang je syarat2 untuk sertai giveaway Wak nie.. First Wak kata, mesti warganegara malaysia, then yang kedua korang kena lah jumpa ngan wak sendiri tanya syarat kedua dan seterusnya kat sini WakGelas atau klik kat banner atas tu ye hehe..^_^

Sabtu, 15 Disember 2012

Durian Racun


Assalamualikum...
Durian oh durian, hurm banyak betol sekarang nie kan. Boleh dikatakan sepanjang jalan orang jual durian tak lupa gak kat pasar malam. Sampai ada yang kata harga sebiji durian dijual dengan RM1 ja. Murah kan, boleh la borong lepas nie hehe. Macam-macam boleh buat, pulut durian, crepe durian, tempoyak, yum yum sedap nye hehe. Tapi makan banyak sangat takut badan panas pulak kan. Cuba cara nie, petua orang tua2 la katakan kalau tak nak badan panas n demam lepas makan durian.


Kulit Durian

- Lepas korang kopek durian tu jangan dibuang kulit durian tu tau simpan dulu sampai puas makan durian.
- Then lepas korang dah puas makan durian, ambik kulit durian tersebut dan tuang air dalam kulit tu yang tempat isi durian tu.
- Pastu kalau bagi muslim selawat n minum air tu, insyaallah boleh menyejukkan badan.

Cuba la dirumah k. ^_^

Resipi Chicken Chop Simple

Assalamualaikum...
Jom cuba buat chiken chop nie memang ringkas dan sedap hehe. Bahan-bahan nye pon tak ssh nak cari sebab semua bahan chef beli kat tesco je tak sempat beli kat pasar pagi bangun pon lewat hehe.. Jom tengok resipi chicken chop nie: 



Bahan-bahan ayam

Minyak masak
4 keping daging ayam yg telah dbuang tulang
200gm serbuk roti
1 kotak tpg goreng serbaguna adabi / tpg goreng ayam
1 biji telur

Cara-cara

  1. Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau.
  2. Panaskan minyak, ambil sekeping daging ayam celupkan dalam tpg goreng ayam, telur dan serbuk roti.
  3. Gorengkan ayam tadi.
Bahan-bahan sos cendawan

sedikit butter / minyak
1 paket sup cendawan maggi
1 biji bawang merah (cincang)
1 biji bawang putih (cincang)
sedikit kicap
600 ml air
cendawan butang slice (ikut citarasa)
sedikit bancuhan tpg jagung

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit butter/minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang merah bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan butang slice, air dan sup cendawan tadi dan kacau.
  4. Masukkan pula sedikit kicap untuk memberi warna dan perasakan.
  5. Jika mahukan sos pekat masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
Bahan-bahan hiasan

Lobak merah dipotong memanjang (julien)
Brokoli
Bunga kobis
1 ulas bawang putih
Lada sulah
Garam

Cara-cara
  1.  Panaskan air dalam periuk dan celur sayur tadi, toskan.
  2. Panaskan pan masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, masukkan sayur tadi, sedikit lada sulah dan garam, kacau sekejap dan tutup api siap.
Cuba la buat dirumah memang sedap dan mudah.. ^_^

Jumaat, 14 Disember 2012

KAD MERAH HARIMAU MALAYA


Assalamualaikum...
Berakhir sudah Perlawanan akhir bola sepak Piala AFF suzuki 2012, Thailand vs Malaysia. Kemenangan Thailand ramai yang tak puas hati, maybe sebab pengadil yang tidak adil kan hurm. Tapi memang tak adil gak tengok fadhil shas di layangkan kad merah oleh pengadil dan sekali gus malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain sahaja. Hurm apa-apa pon pasukan harimau malaya telah membuat yang terbaik untuk menang dan kekalahan yang diterima adalah kekalahan yang bermaruah. ^_^

Khamis, 13 Disember 2012

Resipi Pandan Crepe Kastad Durian

Assalamualaikum.. 
Jom cuba buat sendiri crepe durian asyik beli je kan hehe.. Tapi resipi ni lain sikit, lagi sedap sebab crepe tu ditambah dengan perisa pandan dan inti dimasak bersama kastad memang sedap la..




Bahan-bahan

250gm Tepung gandum
4 helai daun pandan (blend bersama santan dan tapis, ambil jus sahaja k)
500 ml santan cair
1cmt baking powder
sedikit garam

Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, baking powder dan garam gaul sekejap dan masukkan jus pandan yang dah diblend dengan santan tadi.
  2. Kacau sehingga sebati, kalau bancuhan pekat tambah sedikit air ye.
  3. Panaskan non stik pan dan sendukkan bancuhan tadi di atas pan tapi api kena slow ye takut tekstur tak cantik pulak.

Kastad durian

Bahan-bahan

8 ulas isi durian
2cmb gula
100ml santan
1cmt tepung kastad

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan dan masak diatas api yang perlahan sehingga pekat.
  2. Letakkan inti ditengah kulit crepe dan lipat menjadi seperti bantal. ^_^ 

Isnin, 10 Disember 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru


Assalamualaikum... Kepada anda yang mempunyai 
follower kurang dari 1000 boleh la join segmen nie hehe.. 
Jom la apa tunggu lagi, hehe just klik jekat banner kalau nak join k... ^_^

Followers setakat nie: 62

SEGMEN: "3 Jam, 3 Perkataan"

klik banner kalau nak join k ^_^

 3 Perkatan yang melambangkan my blog:

Dairi, Info, Resipi... ^_^


Segmen: Blogwalking Following Follow by MisEyz

Assalamualaikum...
Jom berblogwalking bersama MisEyz. Cute sangat tengok banner nie kan macam tuan dia gak hehe.
Komen blog nie emm?? Memang cantik dan menarik dan cute ^_^...
Kalau nak join klik je kat banner cute tu k hehe..
TQ..

Ahad, 2 Disember 2012

IZYAN JUARA MASTERCHEF MALAYSIA2

Assalamualaikum...
Semalam telah berlangsungnya dua rancangan yang berbeza dan meletop iaitu piala AFF suzuki malaysia menentang indonesia dan pertandingan akhir masterchef malaysia musim kedua. Memang terbaik ar kan berebut nak tengok tv semalam haha. Apa2 pon sempat gak tengok masterchef. 


Memang sengit gak ar dia punya peserta finallis, tapi kesian gak tengok etiqa disaat akhir baru dia diumumkan terkeluar sedih huhu, nak buat macam mana kan adat pertandingan hehe. Tiga orang Peserta yang hebat bertarung di dapur masterchef semalam selama 3 jam untuk menyiapkan hidangan masing-masing. Kejutan semalam adalah hidangan mereka ini telah diadili oleh 15 juri, wah ramai kan. 

Yang pastinya pemenang atau juara Masterchef Malaysia musim kedua ini dimenangi oleh Izyan, beliau telah membawa pulang hadiah Trofi Juara Masterchef Malaysia 2 , RM100,000 dan hadiah tajaan Panasonic yang bernilai Hampir RM10,000 wah bertuah sungguh Izyan kan hehe. Pemenang tempat kedua pula dimenangi oleh Along dan tempat ketiga dimenangi oleh Ah Hong. Nama juara Masterchef musim pertama dan kedua macam sama je kan Ezani, Izyan hehe apa-apa pon tahniah buat Izyan Along dan Ah Hong. ^_^

MALAYSIA 2, INDONESIA 0, PIALA AFF SUZUKI 2012

 


MALAYSIA 2, INDONESIA 0, PIALA AFF SUZUKI 2012

Piala AFF Suzuki: Malaysia 2, Indonesia 0


Gol Malaysia kedua-duanya dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27 dan Mahali Jasuli minit ke-30.
Kemenangan ke atas Indonesia melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir menentang Thailand.