Sabtu, 23 Mac 2013

RESIPI BAHULU GULUNG

Assalamualaikum..

Hari ni nak buat bahulu gulung cara tradisional. Jom tengok resipi..

Bahan-bahan

3biji Telur
90gm Tpg gandum (diayak 2kali)
90gm Gula kastor
1cmt Esen vanila
2cmb Jem strawberi ditambah dengan 3cmb air

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu. Kaup balikkan tepung yang diayak dengan sudu logam.

Tuang adunan dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak dan telah disapu sedikit majerin diatas kertas minyak tadi.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, ambil sekeping kertas minyak lain, sapukan majerin dan terbalikkan kek tadi diatas kertas minyak. Koyakkan kertas alas dulang.


Panaskan jem strawberi bersama sedikit air didalam periuk. Kacau sehingga ia menjadi cair dan tutup api.




Sapukan jem yang telah dipanaskan tadi.



Gulung kek tadi dengan kemas. Bila sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan untuk minum petang.
Selamat mencuba.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan