Rabu, 27 Mac 2013

Segmen : Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!

Assalamualaikum..

Jom sertai segmen Cik Misya nie. 30 org terawal yang join akan di bloglisted kan bloglist Cik Misya!
Last date : Bila-bila masa selepas 2 minggu segmen ini dilancarkan! ;)

Segmen: 300 bloggers

Assalamualaikum..

Blog paly nak letak 300 blogger dalam bloglist dia.. Wah banyak tu, memang terbaik la.. Sapa-sapa nak join di alu-alukan klik je kat gambar atas tu..^_^
Tarikh tamat @ 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

 Assalamualaikum..
Giveaway Edy 3 fridge magnet dari 3 destinasi.. Jom sertai dengan klik gambar atau klik disini..
 

*Ini adalah lucky draw, pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem berkomputer....
*tarikh tutup penyertaan adalah 3/4/2013

Pelajar 17 tahun jadi jutawan


LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.
Ia dicipta pada November 2012.
Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.
Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!
“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”
Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.
“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.
Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.
“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.
“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”
D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.
Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.
Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi (sumber kosmo)

Segmen 5 hari : Follow & Menang by Syazlia & Ruqaiyah


Assalamualaikum..
Jom ramai-ramai join segmen dari syazlia dan ruqaiyah. 10 hadiah menanti pemenangnya.
Pemilihan pemenang berdasarkan top referral, entry paling kreatif, peserta pertama, Blog bertuah & 6 org by random. Tarikh last segmen 28/3/2013. Nak join klik je banner. Lagi ramai lagi meriah hehe..^_^

Sabtu, 23 Mac 2013

Ukiran buah pertama kali

Assalamualaikum.
Pertama kali buat ukiran buah untuk pengantin hehe. Memang tak boleh lupa masa tu, dua tahun lepas masa kenduri kenduri kakak. Mana taknya, masa tu pon baru je belajar buat ukiran buah masa kat IPT dulu. Masa belajar buat ukiran tu pon memang susah la sebab kena buat bunga kat atas kulit tembikai. Itu pon tak jadi. Tapi bila habis je ukir rasa terharu pulak tengok hasil kerja sendiri hehe walaupun tak cantik. Nasib baik la ukiran yang dibuat untuk pengantin hari tu jadi cantik pulak tu hehe. Habis tembikai dikorbankan, beli tiga biji yang jadi dan cantik diukir sebiji je hehe yang lain tu habis dimakan.. ^_^



RESIPI BISTIK DAGING MUDAH

Assalamualaikum..

Hari nie nak kongsikan resipi bistik daging pulak. Senang je nak masak bistik daging nie. Jom tengok resipi kat bawah nie.. ^_^

 Bahan-bahan

300gm Daging hiris 
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji Ubi kentang (potong wedges)
Sedikit tpg jagung
1 biji Tomato (potong 4)
2cmb Sos tiram
2cmb Kicap manis
Sedikit air
1 ulas Bwg putih (cincang)
1 biji Bwg merah (potong bulat ring)
Sedikit bancuhan tpg jagung
1 cmt Serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. Gaulkan daging yang telah dihirs nipis bersama garam, dan serbuk lada hitam. Goreng daging tadi menggunakan minyak yang sedikit.
  2. Gaulkan ubi kentang yang dipotong wedges tadi bersama tpg jagung. Goreng kentang tadi dengan minyak banyak. Setelah masak toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam gaul sebentar dan masukkan pula tomato, daging dan kentang yang telah digoreng tadi. Tambahkan sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
  5. Setelah 3 minit, masukkan pula sedikit bancuhan tpg jagung tadi untuk memekatkan sedikit kuah. Sekarang bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba..^_^

RESIPI BAHULU GULUNG

Assalamualaikum..

Hari ni nak buat bahulu gulung cara tradisional. Jom tengok resipi..

Bahan-bahan

3biji Telur
90gm Tpg gandum (diayak 2kali)
90gm Gula kastor
1cmt Esen vanila
2cmb Jem strawberi ditambah dengan 3cmb air

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu. Kaup balikkan tepung yang diayak dengan sudu logam.

Tuang adunan dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak dan telah disapu sedikit majerin diatas kertas minyak tadi.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, ambil sekeping kertas minyak lain, sapukan majerin dan terbalikkan kek tadi diatas kertas minyak. Koyakkan kertas alas dulang.


Panaskan jem strawberi bersama sedikit air didalam periuk. Kacau sehingga ia menjadi cair dan tutup api.




Sapukan jem yang telah dipanaskan tadi.



Gulung kek tadi dengan kemas. Bila sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan untuk minum petang.
Selamat mencuba.. ^_^