Nie la gambar first time bella masuk competition sebab dah cukup umur hehe.. Pertandingan kucing comel 2012 anjuran Brit.. Walaupun tak menang tempat pertama pun tak pe la sebab pertama kali masuk, saje nak tau cara masuk pertandingan hehe.. Apa-apa pun puas hati sebab dapat jugak saguhati berupa sijil, makanan dan syampu anjuran brit jimat la sikit duit nak beli makanan bella untuk sebulan..^_^
Khamis, 13 September 2012
Sabtu, 12 Mei 2012
KURUS SANGAT!!
ANDA TERLALU KURUS? TIPS CARA MENAMBAH BERAT BADAN:
Makan Dengan Kerap
Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk
meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak
mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu
ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan
kerja harian.
Kita perlu
mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds,
KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.
Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan
Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan
mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai
kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori
yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang kalori klik disini.
Pemakanan Seperti Kekacang Setiap Hari
Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu
untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing
Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan
kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan
akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak
dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita,
dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan
tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang
makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah
tidak benar.
Rabu, 9 Mei 2012
RESIPI KEK LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN
250gm
butter
150gm gula ising
3 biji telur
1 cmk esen vanila
200gm lobak merah di parut
230gm tepung gandum
1 cmk serbuk penaik
CARA-CARA
- Campurkan dalam mangkuk pengadun butter dan gula ising. Pukul hingga ia kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan mnggunakan kelajuan sederhana, dan masukkan pula esen vanila. Pukul hingga sebati.
- Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik, dan adun sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan pula lobak merah yang di parut adun sekejap.
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 35 minit.
Selamat mencuba... ^_^
Langgan:
Catatan (Atom)

