Sabtu, 23 Mac 2013

RESIPI BISTIK DAGING MUDAH

Assalamualaikum..

Hari nie nak kongsikan resipi bistik daging pulak. Senang je nak masak bistik daging nie. Jom tengok resipi kat bawah nie.. ^_^

 Bahan-bahan

300gm Daging hiris 
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji Ubi kentang (potong wedges)
Sedikit tpg jagung
1 biji Tomato (potong 4)
2cmb Sos tiram
2cmb Kicap manis
Sedikit air
1 ulas Bwg putih (cincang)
1 biji Bwg merah (potong bulat ring)
Sedikit bancuhan tpg jagung
1 cmt Serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. Gaulkan daging yang telah dihirs nipis bersama garam, dan serbuk lada hitam. Goreng daging tadi menggunakan minyak yang sedikit.
  2. Gaulkan ubi kentang yang dipotong wedges tadi bersama tpg jagung. Goreng kentang tadi dengan minyak banyak. Setelah masak toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam gaul sebentar dan masukkan pula tomato, daging dan kentang yang telah digoreng tadi. Tambahkan sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
  5. Setelah 3 minit, masukkan pula sedikit bancuhan tpg jagung tadi untuk memekatkan sedikit kuah. Sekarang bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba..^_^

9 ulasan:

  1. mcm sedap jee..terliur dibuatnya..nak2 tgh lapar camni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap la hehe cuba la buat..^_^

      Padam
  2. assalamualaikum chef...sedapnya teringin pula nak makan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba la masak, mudah n bahan2 pon simple je..^_^

      Padam
    2. assalamualaikum chef...inshaAllah teringin juga nak memasaknya...:)

      Padam
  3. Balasan
    1. lagi sedap kalau makan sambil layan blog hehe..^_^

      Padam
  4. Chef...nak tanya sikitla....resipi ni memang takde gunakan rempah campak nampaknye ek... nak trylah..tk banyak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya btol resipi ni tak guna rempah.. ^_^

      Padam