Assalamualaikum..
Jom cuba buat sendiri crepe durian asyik beli je kan hehe.. Tapi resipi ni lain sikit, lagi sedap sebab crepe tu ditambah dengan perisa pandan dan inti dimasak bersama kastad memang sedap la..
Bahan-bahan
250gm Tepung gandum
4 helai daun pandan (blend bersama santan dan tapis, ambil jus sahaja k)
500 ml santan cair
1cmt baking powder
sedikit garam
Cara-cara
- Campurkan tepung gandum, baking powder dan garam gaul sekejap dan masukkan jus pandan yang dah diblend dengan santan tadi.
- Kacau sehingga sebati, kalau bancuhan pekat tambah sedikit air ye.
- Panaskan non stik pan dan sendukkan bancuhan tadi di atas pan tapi api kena slow ye takut tekstur tak cantik pulak.
Kastad durian
Bahan-bahan
8 ulas isi durian2cmb gula
100ml santan
1cmt tepung kastad
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan dan masak diatas api yang perlahan sehingga pekat.
- Letakkan inti ditengah kulit crepe dan lipat menjadi seperti bantal. ^_^
sedap dan mudah
BalasPadamNampak sedap dan menyelerakan!
BalasPadamsedapp
BalasPadam