Khamis, 18 Julai 2013

Resipi roti sardin goreng



Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar cincang
1 biji cili merah cincang
Roti gardenia
Sedikit jus limau nipis
Serbuk perasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Campurkan ikan sardin dgn sedikit sosnya, cili, dan bawang pastu gaul sehingga ikan hancur. Masukkan sedikit jus limau nipis dan perasakan dengan garam gula gaul lagi.
2. Lenyek roti bagi nipis. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Letakkan sedikit inti sardin tadi diatas roti dan gulungkan. 
3.  Panaskan minyak, celupkan roti tadi dalam telur yang dipukul dan gorengkan. Selamat mencuba ^_^

2 ulasan: