Rabu, 29 Januari 2014

Khasiat Dan Kebaikan Buah Delima

Khasiat Buah Delima


Assalamualaikum.. Mesti semua penah makan buah delima kan. Warna oren kekuningan dan isi merah menyala yang manis dan berjus terliur je dengar kan hehe. Tapi disebalik warna dan isi yang sedap tu la terdapat pelbagai khasiat dan juga kebaikan untuk tubuh badan kita. Selain itu buah delima juga kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan dan kecantikan..
Khasiat dan Kebaikan Buah Delima
  1. Menjana semula sel: Melindungi sel kulit dengan membaiki tisu yang rosak, luka dan menggalakan proses penjanaan semula sel.
  2. Pelindungan dari sinaran UV berbahaya: Ia juga dapat melindungi kulit dari tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser kulit.
  3. Melambatkan penuaan: Dapat menghalang tanda-tanda penuaan dengan menghilangkan garis-garis kedut pada wajah.
  4. Meremajakan wajah: Delima membantu melembutkan kulit dan menghasilkan kolagen yang menjadikan wajah anda tegang, lembut dan berseri .
  5. Baik untuk kulit yang kering: Ia memberikan kelembapan tambahan pada kulit dan menjadikan kulit wajah lebih cantik serta cerah.

http://raziqchef.blogspot.com/
sumber Facebook Anugerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan