Sabtu, 1 Februari 2014

Sawi Pak Choy Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.. Salah satu menu tengahari untuk hari ini iaitu sawi pak choy masak sos tiram. Mudah je nk masak dan cepat hehe..

http://raziqchef.blogspot.com/

Bahan-bahan

3 Pokok sawi
5 Ekor udang sederhana/ kalau nk ganti dengan ayam/daging pon boleh
1 Ulas bawang putih
Sedikit halia dihiris nipis
3 c/b Sos tiram
Sedikit air
garam dan gula
1 c/k bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara
  1. Celurkan sawi pak choy tadi di dalam air panas. Susunkan sawi yang telah dicelur tadi diatas pinggan. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kuali pan. Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air untuk bagi kuah.
  4. Setelah mendidih masukkan udang dan suaikan rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
  6. Tuangkan sos/kuah tadi diatas sawi pak choy.. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba ^_^

17 ulasan:

  1. simplenya...hihi...cik akak nak masukkan blog nie dalam bloglist cik akak lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat rply sbb busy smp x smpat nk on blog hehe..mmg senang n cepat nk masak..thanks akak ^_^

      Padam