KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2014: Pada Jun lalu, penulis
dan wartawan Britain, Mark Simpson telah memperkenalkan satu lagi
istilah iaitu spornoseksual yang merujuk kepada golongan lelaki berbadan
sasa yang obses menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie
untuk dikongsi di laman sosial.
Portal murai.com.my sama sekali tidak terkejut dengan kemunculan
istilah berkenaan dan mula memerhatikan beberapa selebriti popular
tempatan yang cenderung berkongsikan gambar selfie menayangkan badan
mereka di laman sosial masing-masing.
Antara selebriti lelaki tempatan yang gemar memuat naik gambar-gambar
fizikal mereka yang sasa lagi hebat di laman sosial Instagram iaitu
Nazim Othman, Anding, Ryzal Jaafar dan tidak ketinggalan finalis
pencarian HimByHatta, Afifi Razi atau Pipi Razi.
Mungkin bagi sesetengah individu beranggapan, cara mereka itu agak
menunjuk-nunjuk atau tidak patut tetapi jika memandang dari sudut lain
seperti kesihatan fizikal dan keyakinan diri, itu adalah habuan yang
mereka dapat selepas berhempas pulas menjalani latihan fizikal.
Apatah lagi gaya kehidupan masyarakat kita yang obsess dengan makanan
sehingga alpa untuk menjalani sebarang corak senaman fizikal, maka
langkah mereka itu setidak-tidaknya dapat menarik perhatin ramai untuk
menjalani gaya hidup sihat.
Perkara itu dipersetujui oleh Pipi Razi kerana baginya tak kira
lelaki atau wanita, budaya selfie adalah sudah menjadi kebiasaan ketika
ini dan bersetuju lelaki spornoseksual memang mahu dirinya menjadi
ikutan kepada orang lain.
“Sekarang ini, semua yang ke gim mahu memiliki badan yang cantik,
jadi secara tidak langsung mereka mahu menunjukkan perkembangan tubuh
masing-masing selepas bersenam.
“Kepada mereka yang selfie tanpa baju tujuannya ialah untuk memberi
inspirasi kepada orang lain dan selfie adalah salah satu cara untuk
menunjukkan hasil kerja keras yang dilakukan,” katanya yang dihubungi.
Spornoseksual berasal dari gabungan perkataan sukan (sport) dan porno
(porn) yang telah didedahkan Simpson menerusi artikel berjudul The
Metrosexual is Dead. Long Live The ‘Spornosexual’.
Kebanyakan lelaki spornoseksual boleh ditemui di gim dan gemar
mengenakan singlet, baju-T berleher V atau langsung tidak berbaju.
Melihat kepada laman Instagram Anding (Andingindrawani), pelakon
kacak berkenaan sememangya kerap menjalani aktiviti senaman di dalam
gimnasium dan telah berkongsi banyak foto selfie yang menayangkan otot
di badannya.
Tapi bagaimana pula dengan selebriti wanita seperti Sharifah Sakinah,
Daphne Iking atau Atilia Haron yang turut gemar berkongsi gambar-gambar
mereka melakukan aktiviti fizikal sehingga menunjukan bentuk fizik
mereka yang hebat?
Apakah terma atau istilah yang paling sesuai untuk kaum hawa seperti mereka?
Sumber Dari Murai.com
waaahhhhh ketak ketak otot beliau hehe BW sini ^^
BalasPadamhaha tau x pe.. ^_^
Padam