Khamis, 16 Oktober 2014

Adakah Pharrell Williams Bakal Cetuskan Trend Bercelak Mata Pula?

PARIS, 15 OKT 2014: Pada awal tahun 2014 ini, pastinya ramai jejaka yang iri hati dengan gaya topi ranger yang berjaya menjadikan Pharrell Williams  sebagai trendsetter, dia baru-baru ini sekali lagi dilihat galak mencuba sesuatu yang jarang dikenakan oleh golongan lelaki iaitu celak mata!
Komposer terkenal berusia 41 tahun itu dilihat bersama-sama isterinya Helen Lasichanh di Paris pada Selasa lalu dengan mata yang mempunyai garisan hitam dibawahnya. Ia sudah tentunya menarik perhatian orang yang terpandang wajah selebriti terkenal itu.
Selain aksesori baru iaitu celak mata yang hanya dipakai oleh kaum wanita bagi masyarakat barat, Pharell melengkapkan padanan gaya buat dirinya bermula dengan topi rona biru elektrik lengkap dengan riben dan pin bercorak.
Jaket sukan daripada rona sedondon topi uniknya itu, Pharrell selesa dengan kemeja –T grafik di samping sarungan kimono besar diatasnya beserta sepasang jeans lusuh. Lengkap sebagai seorang personaliti terkenal dan disegani, Pharell menyarungkan sepasang but merah dengan tulisan diatasnya.
Selain bercakap mengenai gayanya tersebut, apakah yang meyakinkan Pharell untuk mengenakan celak mata belum diketahui puncanya. Umum tahu ia seringkali hanya dipakai oleh kaum wanita yang kebanyakkannya wanita Arab. Ini termasuk juga golongan lelaki yang seringkali mengenakan gaya sebegini juga daripada mereka yang alim dan warak. ^_^

http://raziqchef.blogspot.com/2014/09/k-colly-harga-murah-promosi-original.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan