Sabtu, 19 Januari 2013

Keputusan Penuh Final Maharaja Lawak Mega 2012


Assalamualaikum,
Semalam baru sahaja berakhir final maharaja lawak mega 2012 di astro warna yang bersiaran langsung di Stadium tertutup MBJB Johor Bahru. Setelah 10 minggu para peserta bertarung di gelanggang maharaja lawak mega 2012 akhirnya kini pemenangnya telah pon ditemui. Tahniah kepada jozan kerana telah menjuarai tempat pertama di pentas maharaja lawak mega 2012, sekali gus membawa pulang wang tunai yang berjumlah RM500,000 beserta trofi kemenangan. Dan tahniah juga kepada keempat kumpulan peserta yang telah memenangi tempat kedua higga kelima:

2- Jambu RM250,000
3- Shiro RM150,000
4- Boboi RM50,000
5- Saywho RM15,000

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012


 Assalamualaikum,
Tahniah buat kumpulan pelawak jozan, johan dan zizan kerana telah memenangi atau menjuarai di pentas Maharaja lawak mega 2012. Jozan telah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000 berserta trofi kemenangan. Tahniah sekali lagi buat mereka. ^_^



Selasa, 15 Januari 2013

Resipi Arrowhead Kerepek Ngaku

Assalamualaikum...
Pernah tak dengar sejenis sayur yang namanya ngaku.. Tak pernah? Emm ngaku nie sejenis ubi jugak la bentuk dia seakan sengkuang cina.. Lagi satu ubi ngaku nie atau nama matsaleh dia Arrowhead dijual hanya setahun sekali je, tu pon masa raya Chinese New Year.. Rasa ubi ngaku memang sedap dan lagi sedap kalau buat kerepek.. Jom tengok resipi kerepek ubi ngaku: 

Bahan-bahan

Ubi ngaku/Arrowhead
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam halus

Cara-cara
 
1. Kupas kulit ubi ngaku dan jangan buang bahagian atas tu sebab dijadikan pemegang semasa proses menyagat ubi nanti.



 2. Potong ubi nipis-nipis menggunakan penyagat.






3. Selepas habis dipotong ubi tu bolehlah lakukan proses menggoreng ubi tersebut sehingga warna keemasan.





4. Sebelum hidangkan kerepek ngaku nie bolehlah ditaburkan sedikit garam halus dan gaul sebati. Kalau tak habis, simpan la dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan bila-bila masa hehe senang tak? Selamat mencuba... ^_^