Selasa, 15 Januari 2013

Resipi Arrowhead Kerepek Ngaku

Assalamualaikum...
Pernah tak dengar sejenis sayur yang namanya ngaku.. Tak pernah? Emm ngaku nie sejenis ubi jugak la bentuk dia seakan sengkuang cina.. Lagi satu ubi ngaku nie atau nama matsaleh dia Arrowhead dijual hanya setahun sekali je, tu pon masa raya Chinese New Year.. Rasa ubi ngaku memang sedap dan lagi sedap kalau buat kerepek.. Jom tengok resipi kerepek ubi ngaku: 

Bahan-bahan

Ubi ngaku/Arrowhead
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam halus

Cara-cara
 
1. Kupas kulit ubi ngaku dan jangan buang bahagian atas tu sebab dijadikan pemegang semasa proses menyagat ubi nanti.



 2. Potong ubi nipis-nipis menggunakan penyagat.






3. Selepas habis dipotong ubi tu bolehlah lakukan proses menggoreng ubi tersebut sehingga warna keemasan.





4. Sebelum hidangkan kerepek ngaku nie bolehlah ditaburkan sedikit garam halus dan gaul sebati. Kalau tak habis, simpan la dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan bila-bila masa hehe senang tak? Selamat mencuba... ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan