Jumaat, 4 Julai 2014

Resipi Salad Buah Naga Merah

Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam. Pada bulan yang mulia ini saya nak kongsikan satu resipi mudah untuk dinikmati semasa berbuka puasa atau pun sahur. Resipi kali ini ialah salad buah naga. Ingatkan nak buat jus buah naga tapi macam x best je. Baik buat salad je. Buah naga ni sebenarnya banyak khasiat yang terkandung didalamnya. Kalau nak tahu khasiat buah naga boleh klik DISINI hehe. Setahu saya buah naga ni ada dua warna iaitu putih dan merah. Khasiat dia pon lebih kurang sama je. Untuk resipi ni saya guna buah naga warna merah sebab cantik dan menyelerakan hehe.

http://raziqchef.blogspot.com/

Resipi Salad Buah Naga Merah

1 Biji Buah Naga Merah
2 Biji Epal Merah
Sedikit Perahan Jus Lemon/Limau Nipis
Air Gula

Cara-Cara
  1. Potong buah naga merah dan epal merah berbentuk kiub.
  2. Masukkan buah yang dipotong tadi, jus lemon/limau nipis dan sedikit air gula.
  3. Kacau semua bahan hingga mesra dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan