Jumaat, 12 September 2014

KECOMELAN GAMBAR ANAK AWAL DAN SCHA

http://raziqchef.blogspot.com/

http://raziqchef.blogspot.com/

 

KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2014: Akhirnya penantian peminat untuk melihat gambar anak mereka berbaloi apabila pasangan selebriti Awal Ashaari bersama isterinya Scha Alyahya tidak memungkiri janji.

Akhirnya buat pertama kali pasangan itu telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka kepada umum menerusi laman Instagram masing-masing.

Gambar comel bayi itu telah dimuat naik sendiri oleh Scha dengan kapsyen yang berbunyi:
 “Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all #2weeks #schaalyahya #schawal #babyschawal” tulisnya kepada peminat tersayang.

Kecomelan wajah baby Lara seindah namanya iaitu Lara Alana, walaupun baru sahaja dimuat naik kira-kira 50 minit yang lalu namun foto tersebut telah mendapat sebanyak 24.9 ribu ‘like’.
Foto itu kemudiannya dikongsi oleh suaminya Awal Ashaari di laman sosialnya.

Peminat akhirnya berpuas hati dan mengaggap Awal dan Scha telah menepati janji dan tidak kurang juga ada yang memuji kecomelan anaknya yang bernama Lara Alana itu.
Terdahulu, Awal dan Scha tidak pernah mendedahkan wajah anaknya itu di mana-mana media selepas Lara selamat di lahirkan pada 22 Julai lalu.

^_^

1 ulasan: