Jumaat, 16 November 2012

BAHAYA!! KOSMETIK PEMBUNUH SENYAP

KUALA LUMPUR – Ramai wanita yang menggunakan produk kosmetik tiruan tidak menyedari bahawa barangan tersebut sebenarnya merupakan pembunuh senyap termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada otak.

  

Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Beng berkata, kosmetik tiruan mengandungi campuran bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia. 


Pelbagai bahan merbahaya yang telah digunakan dalam kosmetik tiruan ini antaranya ialah:
  • Aluminium
  • Logam berilium
  • Plumbum
  • Arsenik
  • Kadmium
  • Tembaga


“Penggunaan kosmetik tiruan dalam tempoh panjang menyebabkan bahan kimia berbahaya itu meresap ke dalam liang kulit seterusnya berkumpul dan meningkatkan jumlah toksik dalam badan.
”Pengguna boleh terdedah kepada risiko kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka menjadi cacat akal atau menghidap penyakit Alzheimer pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Antara risiko penyakit yang mengancam pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis (penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata, masalah jantung, buah pinggang dan gangguan sistem saraf.

4 ulasan:

  1. bahayanya...kene tgk betol2 sebelum membeli

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup kena hati2 kalau nak beli kosmetik kan. silap beli muka abih kedut hehe..

      Padam
  2. singgah cni n follow :) jemput join segmen sy ya :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ jemput saya, insyaallah saya mesti join..^_^

      Padam