Selasa, 6 November 2012

RESIPI KEK COKLAT MUMMY DAN AISKRIM HOMEMADE

Assalamualaikum...Hari yang indah dan ceria hehe. Sapa suka makan kek coklat?? aiskrim??..Hurmm mesti ramai yang teringin nak makan kan kan hehe. Tak pe kalau korang teringin nak makan chef nak kongsikan resipi ngan korang nie. Chef dah buat kedua masakan nie kelmarin. Best nya makan waktu minum petang. Jom kita tengok resipi kek coklat dulu.



Kek coklat
Bahan-bahan

1, 1/2 cawan Tepung Gandum
1 cmt Serbuk Penaik
2 cawan Gula Halus (di blend)
1 cawan Mentega
1 cawan Serbuk Koko
4 biji Telur
1 cmt Esen Vanila
1/2 cawan Susu Cair

Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik ketepikan. 
  2. Cairkan mentega dan jangan sampai keluar minyak ye.
  3. Masukkan mentega yang telah dicair bersama serbuk koko didalam mangkuk pengadun kek. Putarkan sehingga adunan sebati atau selama 2 minit. Masukkan gula halus, dan putar sehingga adunan gebu.
  4. Setelah adunan gebu, masukkan pula telur sebiji demi sebiji jangan masukkan semua sekali dalam satu masa ok hehe. Masukkan pula esen vanilla.
  5. Akhir sekali boleh la masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga masukkan susu cair.
  6. Bakar adunan pada suhu130 darjah celcius.
Resipi kek coklat dah. Next resipi ais krim pulak hehe. Resipi ais krim nie chef dah cuba buat dan memang sedap. Jom tengok resipi:




Ais krim
Bahan-bahan

450 ml Susu Segar
200 gm Susu Tepung Tanpa Lemak
2 cmb Coklat Emulco / perisa yang dsukai
4 cmb Gula Kastor (kalau suka manis tambah lagi k)
1 cmk Esen Vanila
Kalau nak tambah buah segar pon boleh contoh ais krim strawberry tambahkan 100gm buah strawberry yang di potong kiub.

Cara-cara
  1. Campurkan susu segar dan susu tepung, putar sehingga sebati.
  2. Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang.
  3. Campurkan coklat emulco dan esen vanila. Putar sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam bekas yang bertutup dan hendaklah kering. Simpan didalam freezer.
  4. Kalau dah beku, keluarkan dan putar semula hingga cair menggunakan mesin pengadun kek.
  5. Tuangkan semula kedalam bekas dan simpan dalam freezer balik sehingga beku. 
  6. Dah beku bolehlah dmakan..
 Selamat mencuba..^_^

7 ulasan:

  1. kenapa aiskrim tu kalau dh beku kena putar lagi skali ? :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ soalan. untuk bagi tekstur aiskrim lembut dan gebu. kalau tak nak putar lagi pon tak pa tapi tekstur dia keras lebih kurang ais sherbet....^_^

      Padam
  2. assalamualaikum raziq...sedapnya rasa nak makan kek la...:)

    BalasPadam
  3. ada tak resepi kek yang dikukus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah nanti saya postkan kek kukus..^_^

      Padam
  4. kenapa aiskrim tu x pakai putih telur????????

    BalasPadam