Sabtu, 15 Disember 2012

Resipi Chicken Chop Simple

Assalamualaikum...
Jom cuba buat chiken chop nie memang ringkas dan sedap hehe. Bahan-bahan nye pon tak ssh nak cari sebab semua bahan chef beli kat tesco je tak sempat beli kat pasar pagi bangun pon lewat hehe.. Jom tengok resipi chicken chop nie: 



Bahan-bahan ayam

Minyak masak
4 keping daging ayam yg telah dbuang tulang
200gm serbuk roti
1 kotak tpg goreng serbaguna adabi / tpg goreng ayam
1 biji telur

Cara-cara

  1. Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau.
  2. Panaskan minyak, ambil sekeping daging ayam celupkan dalam tpg goreng ayam, telur dan serbuk roti.
  3. Gorengkan ayam tadi.
Bahan-bahan sos cendawan

sedikit butter / minyak
1 paket sup cendawan maggi
1 biji bawang merah (cincang)
1 biji bawang putih (cincang)
sedikit kicap
600 ml air
cendawan butang slice (ikut citarasa)
sedikit bancuhan tpg jagung

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit butter/minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang merah bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan butang slice, air dan sup cendawan tadi dan kacau.
  4. Masukkan pula sedikit kicap untuk memberi warna dan perasakan.
  5. Jika mahukan sos pekat masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
Bahan-bahan hiasan

Lobak merah dipotong memanjang (julien)
Brokoli
Bunga kobis
1 ulas bawang putih
Lada sulah
Garam

Cara-cara
  1.  Panaskan air dalam periuk dan celur sayur tadi, toskan.
  2. Panaskan pan masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, masukkan sayur tadi, sedikit lada sulah dan garam, kacau sekejap dan tutup api siap.
Cuba la buat dirumah memang sedap dan mudah.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan